Translate

25 March 2025

Kastam gagalkan cubaan edar dadah bernilai lebih RM1.86 juta



Kastam gagalkan cubaan edar dadah bernilai lebih RM1.86 juta

Bernama

24/03/2025


JKDM Zon Tengah Unit III Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menggagalkan tujuh cubaan mengedar dadah jenis ganja dan syabu dengan nilai anggaran lebih RM1.86 juta, dalam tiga bulan pertama tahun ini.


PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menggagalkan tujuh cubaan mengedar dadah jenis ganja dan syabu dengan nilai anggaran lebih RM1.86 juta, dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah (Menanggung Tugas-Tugas) Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata pengedaran dadah itu, menggunakan pelbagai modus operandi termasuk bungkusan berisi pes tomyam disi dengan ganja.

Beliau berkata kes pertama hingga ketiga melibatkan serbuan di bilik peti surat sebuah kondominium di Cyberjaya pada 24 Jan, membawa kepada sitaan ganja hampir 10.5 kilogram (kg), bernilai RM32,027.55 yang disembunyikan dalam tin pes masakan itu.

"Serbuan di bilik peti surat membawa kepada penahanan seorang individu disusuli tangkapan dua lagi suspek di sebuah unit kondominium, yang dijadikan tempat memproses dan menyimpan ganja sebelum diedarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Taufik berkata kes keempat dan kelima pada 25 dan 27 Feb di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pula, dikesan selepas pemeriksaan imbasan bagasi milik dua individu menunjukkan imej mencurigakan dan seterusnya disahkan ganja.

KASTAM-DADAH 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

"Modus operandi kes itu ialah membawa dadah dimasukkan dalam plastik kedap udara untuk mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Jumlah ganja dirampas menerusi dua kes itu dianggarkan lebih 28kg dan bernilai RM844,290.

Manakala, kes keenam melibatkan penahanan seorang individu hendak ke Kuching, Sarawak di pintu pelepasan domestik KLIA Terminal 2 pada 27 Feb, selepas pemeriksaan terhadap bagasi dibawanya menemukan syabu seberat hampir 26kg bernilai RM824,034.60.

Beliau berkata kes terakhir ialah pada 2 Mac, dengan dua individu ditahan di kaunter pemeriksaan pintu pelepasan antarabangsa KLIA Terminal 1, ekoran penemuan syabu seberat lima kilogram bernilai RM160,000 dalam bagasi mereka.

Siasatan lanjut semua kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, perlu disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 58 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 35 mins ago