Translate

24 March 2025

TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelantan



TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelantan

Bernama

23/03/2025


TNB menerusi kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara sekiranya berlaku banjir bagi memastikan keselamatan penduduk. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengaktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana berikutan ramalan awal banjir di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula malam ini.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara sekiranya berlaku banjir bagi memastikan keselamatan penduduk.

"TNB mengambil maklum ramalan awal banjir seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

"TNB sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna dan akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan serta mengambil tindakan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Syarikat utiliti berkenaan turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan yang ditenggelami air, berhati-hati dengan peralatan elektrik serta mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan pemindahan dan keselamatan.

Untuk maklumat lanjut atau aduan berkaitan bekalan elektrik orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 5 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 11 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 49 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 2 hrs 40 mins ago