Translate

24 March 2025

5,000 anak Pahang dapat baucar petrol, diesel untuk pulang beraya



5,000 anak Pahang dapat baucar petrol, diesel untuk pulang beraya

Bernama

24/03/2025


Wan Rosdy beramah mesra sambil menyampaikan sumbangan kepada pengunjung yang terdiri daripada anak jati Pahang pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Raya Ke Pahang 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 23 Mac 2025. -- fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 perantau anak kelahiran Pahang yang berada di luar negeri itu menerima baucar bagi pembelian petrol atau diesel bernilai RM50 menerusi program 'Moh Balik Raya ke Pahang 2025'.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program berkenaan yang memasuki tahun kedua penganjuran bertujuan menggalakkan anak Pahang pulang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Anak-anak Pahang perlu memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membangun dan memajukan negeri itu.







"Pahang akan seiring dengan negeri maju yang lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Kita harus doakan kesejahteraan negeri kita," katanya pada program penyerahan baucar berkenaan di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang (MAHASISWA) Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Sekretariat Perantau Anak Pahang Syed Anas Syed Ali berkata pihaknya menerima 52,471 permohonan tahun ini, namun hanya 5,000 pendaftaran awal diterima.

"Kita akan teruskan program ini dan kita harap ramai lagi anak perantau Pahang yang mendaftar untuk mendapat manfaat ini dan supaya kita tahu berapa ramai perantau yang berada di Kuala Lumpur ini," katanya.

Seorang penerima Zuraini Md Zain, 48, yang berasal dari Raub berkata pemberian baucar itu sedikit sebanyak dapat digunakan untuk pulang ke kampung halamannya nanti.

"Alhamdulillah, dapat isi minyak atau bayar tol. Saya harap program sebegini dapat diteruskan dan jika ada peruntukan lebih, mungkin boleh dinaikkan jumlah baucar itu," katanya yang tinggal di Taman Melawati.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 15 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 24 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 26 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 28 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 51 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 59 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 2 hrs 14 mins ago