Translate

26 March 2025

Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Op SEMUT di Bario



Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Op SEMUT di Bario

Bernama

26/03/2025


Inisiatif ini menjadi bukti kepada persahabatan yang berpanjangan antara kedua-dua negara, mengikut jejak generasi pelaut, askar dan juruterbang yang pernah hidup, berlatih dan berjuang bersama. - Foto X/Doug Sumner, Jnr


KUALA LUMPUR: Australia dan Malaysia memperingati ulang tahun ke-80 Operasi SEMUT dengan satu majlis di Bario, Sarawak pada Selasa (25 Mac), sebagai tanda penghormatan terhadap jalinan kerjasama pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke berkata bahawa acara itu "memberikan peluang untuk merenung masa lalu, masa kini dan masa depan kerjasama pertahanan, sambil kami terus menyokong Malaysia serta kepentingan bersama dalam sebuah rantau yang terbuka, stabil dan makmur."

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia, hubungan pertahanan yang erat dan unik antara Malaysia dan Australia bermula ketika Unit Khas Z Australia mendarat di Bario menggunakan payung terjun untuk bergabung dengan masyarakat setempat pada penghujung Perang Dunia Kedua.

"Terima kasih kepada usaha mereka, kerjasama ini terus utuh, berlandaskan rasa hormat serta hubungan erat antara komuniti antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.

Selepas lapan dekad, Australia berbesar hati untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia dalam lakonan semula operasi payung terjun oleh Unit Khas Z Australia sebagai sebahagian daripada Majlis Peringatan.

"Inisiatif ini menjadi bukti kepada persahabatan yang berpanjangan antara kedua-dua negara, mengikut jejak generasi pelaut, askar dan juruterbang yang pernah hidup, berlatih dan berjuang bersama," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 2 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan' 11 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan as' 19 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan tegas, s' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tindakan tegas, s' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 24 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 24 mins ago
A visitor from New york viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago