Translate

26 March 2025

Jururawat rugi RM144,000 angkara sindiket penipuan



Jururawat rugi RM144,000 angkara sindiket penipuan

Bernama

26/03/2025


Suspek memaklumkan wanita itu terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram, namun wanita itu menafikan dakwaan terbabit. - Gambar hiasan


KUANTAN: Seorang jururawat kerugian berjumlah RM144,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu pada awalnya telah menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai polis pada 18 Jan lepas.

Beliau berkata suspek memaklumkan wanita itu terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram, namun wanita itu menafikan dakwaan terbabit.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat laporan polis bagi tujuan siasatan, selain dipaksa mengaku kesalahan itu dan diugut akan ditahan.

"Justeru, mangsa telah memindahkan wang ke dalam tiga akaun menggunakan wang simpanan dan pinjaman peribadi daripada bank berjumlah RM144,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang curiga setelah wangnya tidak dikembalikan dalam tempoh yang lama dan mengesyaki diperdaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes katanya sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 3 hrs 53 mins ago