Translate

25 March 2025

Suri rumah, pesara kerugian lebih RM300,000



Suri rumah, pesara kerugian lebih RM300,000

Bernama

25/03/2025


Suspek menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah. - Gambar hiasan


SEREMBAN: Seorang suri rumah dan pesara mengalami kerugian keseluruhan RM349,086 akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 54 tahun itu kerugian hampir RM186,000 manakala pesara berumur 66 tahun rugi RM163,000.

"Pengadu terima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

"Mangsa diberitahu waran tangkap dikeluarkan ke atas nama mereka pada 7 hingga 22 Mac, kemudian kedua-dua pengadu membuat pindahan wang secara dalam talian sebanyak sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM 349,086," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 6.24 petang hari sama dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek juga sama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 42 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 48 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 3 hrs 3 mins ago