Translate

24 March 2025

Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam di Ibu Pejabat SPRM














Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam di Ibu Pejabat SPRM

Astro Awani

24/03/2025


Ahli Parlimen Bera itu dilihat memasuki pagar Ibu Pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire. - Astro AWANI


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pukul 9.54 pagi pada Isnin.

Beliau hadir bagi hari keenam merakam percakapan berhubung dakwaan kes rasuah dan pengubahan wang haram semasa memegang tampuk kepimpinan kerajaan dari 2021 hingga 2022.

Ahli Parlimen Bera itu dilihat memasuki pagar Ibu Pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring.

Beliau mengenakan pakaian blazer berwarna hitam serta sempat membuka tingkap untuk melambai pengamal media yang ‘berkampung’ di luar perkarangan ibu pejabat SPRM.

Kali terakhir Ismail Sabri dirakam keterangan adalah pada Khamis lalu sebelum diberikan ‘cuti’ oleh SPRM untuk disambung sesi pada Isnin.

Pada Khamis lepas, Ismail Sabri dirakam percakapan sekitar 5 jam dari pukul 9.54 pagi hingga 2.51 petang.

Ketika keluar dari Ibu Pejabat SPRM, beliau menurunkan tingkap kereta dan menyapa kumpulan wartawan yang menantikan kelibatnya.

“Cuti, cuti,” ujar Ismail Sabri ringkas apabila ditanya petugas media sekiranya sesi merakam keterangan akan disambung pada Jumaat.

Keterangan beliau kali pertama dirakamkan pada 19 Februari lalu berkaitan pengisytiharan aset.

Untuk rekod, siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri dilancarkan susulan penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Pendedahan itu dibuat menerusi siri serbuan membabitkan tiga premis, termasuk sebuah 'safe house' di sekitar ibu negara milik bekas pegawai kanan Ismail Sabri.

Semua hasil rampasan turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta program publisiti sewaktu Ismail Sabri mentadbir kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada minggu lalu berkata, proses merakam keterangan Ismail Sabri dijangka mengambil beberapa sesi lagi sebelum boleh dinoktahkan.

Manakala bagi kemungkinan pendakwaan ke atas Ismail Sabri, masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangan.

Dalam pada itu, seorang pengurup wang ditahan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram kes Ismail Sabri, pada Rabu.

Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan untuk menerima rawatan doktor selepas mengadu sakit jantung.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 25 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KECOH PENIAGA AIR MINERAL MENGAMUK SOUND PENGUATKU' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar Beri Tempoh 1 Bulan Kepada Felda Mengemukaka' 5 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Bufet Iftar Legenda Rasa Wyndham Acmar Klang Meman' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'HK Superstar Jacky Cheung gave his fans a scare af' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 15 mins ago
A visitor from California viewed 'North Korean man who was arrested to assist in inv' 18 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Prasarana announces Muhammad Nizam as new CEO effe' 20 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 21 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 33 mins ago