Translate

25 March 2025

Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan



Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan

Bernama

24/03/2025


Menurut BHEUU, jawatankuasa tersebut akan turut mengkaji dan mencadangkan pembaharuan undang-undang untuk meningkatkan kecekapan sistem keadilan jenayah bagi memastikan perbicaraan yang adil dapat dijalankan. - Foto Facebook BHEUU


KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Semakan dan Kajian Pembaharuan Kanun Keseksaan (Akta 574), Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Keterangan (Akta 56) selaras hasrat Kerajaan MADANI memperkukuh dan memodenkan sistem perundangan jenayah di Malaysia.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan memaklumkan jawatankuasa itu akan menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti peruntukan dalam ketiga-tiga akta itu yang sudah lapuk atau tidak lagi sesuai dengan realiti semasa dan selanjutnya mencadangkan pembaharuan kepada undang-undang tersebut.

Jawatankuasa dibarisi 25 ahli terdiri daripada pakar dan pengamal undang-undang itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal manakala timbalannya Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ravinthran N Paramaguru.

Menurut kenyataan itu penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah untuk memastikan sistem perundangan jenayah di Malaysia kekal relevan, berkesan dan berteraskan keadilan dalam menghadapi cabaran semasa terutama berkaitan perkembangan teknologi dan perubahan sosial.

"Sistem keadilan jenayah yang kukuh dan sejajar dengan keperluan semasa amat penting dalam memastikan hak asasi individu terpelihara serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan negara," menurut kenyataan itu.

Menurut BHEUU, jawatankuasa tersebut akan turut mengkaji dan mencadangkan pembaharuan undang-undang untuk meningkatkan kecekapan sistem keadilan jenayah bagi memastikan perbicaraan yang adil dapat dijalankan.

Kajian berkenaan dijangka dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan melalui tiga fasa yang ditetapkan.

"Hasil kajian dan cadangan yang bakal dikemukakan akan menjadi asas penting dalam memperkukuh prinsip kedaulatan undang-undang, meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan menjamin hak asasi individu dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia.

"Kerajaan MADANI percaya bahawa menerusi pembaharuan yang holistik dan menyeluruh, sistem keadilan jenayah negara akan menjadi lebih responsif, adil dan berkesan dalam memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang," menurut kenyataan itu.

Selain itu, satu Jawatankuasa Ad Hoc turut dibentuk bagi memberikan input teknikal dan strategik dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap cadangan adalah menyeluruh dan sejajar dengan keperluan semasa.

Jawatankuasa Ad Hod itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang perundangan, penguatkuasaan, teknologi dan masyarakat sivil yang dilantik oleh Menteri di Jabatan Perdana MenterI (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 2 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 7 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Sunway Pyramid Shoppers had a fright when a woman ' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan' 10 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 12 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 25 mins ago