Translate

27 March 2025

DVS Selangor lupus 14,000 babi dijangkiti ASF setakat ini



DVS Selangor lupus 14,000 babi dijangkiti ASF setakat ini

Bernama

27/03/2025


Sebanyak 1,868 ekor babi dari dua ladang di Selangor telah dilupuskan bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF. - Gambar Bernama


SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor melupuskan kira-kira 14,000 ekor babi dipercayai dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF) secara eutanasia setakat ini.

Pengarah DVS Selangor, Dr Hassuzana Khalil berkata, pelupusan ternakan berkenaan menggunakan gas karbon dioksida dan ditanam di kawasan ladang babi mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 58 ladang meliputi daerah Sepang dan Kuala Langat telah merekodkan ASF dan diberikan perintah di bawah Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647) untuk pelupusan sebagai langkah kawalan perebakan penyakit.

"Prosedur pelupusan babi di ladang positif melibatkan kos yang tinggi dan anggota petugas yang ramai membabitkan kerjasama daripada DVS negeri lain dan Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim pada sidang media semalam memaklumkan, kira-kira 76,000 ekor babi yang dijangkiti ASF di 57 ladang di sekitar Kuala Langat dan Sepang telah selesai dilupuskan DVS minggu lepas.

Hassuzana berkata, sehingga kini babi di 52 premis yang negatif ASF dibenarkan disembelih di rumah sembelih yang dilesenkan melalui permit pemindahan dan perlu mematuhi syarat-syarat DVS Selangor yang ketat.

"Antaranya ialah pematuhan kepada penetapan laluan pergerakan kenderaan pengangkut babi yang hanya digunakan ke rumah penyembelihan yang dilesenkan sahaja," katanya.

Di samping itu, beliau berkata, DVS Selangor telah membuka tujuh kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 34 dan 36 Akta Binatang 1953 susulan Op ASF yang dijalankan di sekitar kawasan wabak.

Hassuzana berkata, ladang babi di Selangor berada pada risiko kategori tahap tiga kerana tidak mempunyai tahap biosekuriti yang baik dan kedudukan jarak antara ladang terlalu dekat iaitu 0.5 hingga 1 kilometer radius sahaja.

"Dijangkakan jangkitan ASF akan terus berlaku kerana sehingga kini masih belum ada lagi vaksin untuk penyakit itu," katanya.

Selain itu, beliau berkata, DVS Selangor sedang mengeluarkan perintah di bawah Seksyen 23 Akta Binatang 1953 kepada semua ladang positif yang berkenaan bagi menjalankan prosedur nyahjangkitan di ladang babi masing-masing.

"Penternak juga tidak dibenarkan memasukkan babi baharu ke dalam ladang sehingga keadaan jangkitan betul-betul pulih dan Selangor diisytiharkan bebas daripada wabak ASF," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 9 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 37 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 40 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 56 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 1 hr 34 mins ago