Translate

24 March 2025

Jawatankuasa RTG lebih kecil, umum minggu hadapan - Hannah



Jawatankuasa RTG lebih kecil, umum minggu hadapan - Hannah

Bernama

24/03/2025


Hannah berucap ketika hadir pada majlis berbuka puasa Parlimen Segambut anjuran Korean Society di Kuala Lumpur, 23 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Senarai baharu Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) bakal diumumkan minggu hadapan dengan struktur yang lebih kecil, namun tetap mengekalkan kesinambungan dan kepakaran bagi memastikan persiapan atlet negara menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) berjalan lancar.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, berkata mesyuarat pertama jawatankuasa baharu itu dijadualkan selepas Aidilfitri bagi memuktamadkan senarai atlet yang akan menerima fasiliti dan sokongan tambahan dalam program RTG.

"Akan ada nama baharu dan juga yang lama, tetapi yang penting adalah kesinambungan serta kepakaran dalam membangunkan atlet elit kita. Saya tak rasa banyak perubahan, tetapi kita nantikan.

"Jawatankuasa ini juga akan berskala lebih kecil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Parlimen Segambut di sini semalam.

Hannah bagaimanapun menegaskan pembaharuan kali ini tidak membawa kejutan besar, sekali gus meyakinkan semua pihak agar tidak perlu bimbang.

Program RTG dilancarkan untuk membantu atlet negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik menerusi sokongan menyeluruh dari segi latihan, fasiliti, pemulihan serta bantuan kepakaran teknikal.

Sementara itu, menyentuh mengenai Majlis Berbuka Puasa Parlimen Segambut, Hannah berkata ia adalah hasil kerjasama bersama Korean Society, yang turut dihadiri oleh Menteri Konsul Jeneral Kedutaan Republik Korea di Malaysia, Lee Han-il.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 53 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 30 mins ago