Translate

24 March 2025

Jawatankuasa RTG lebih kecil, umum minggu hadapan - Hannah



Jawatankuasa RTG lebih kecil, umum minggu hadapan - Hannah

Bernama

24/03/2025


Hannah berucap ketika hadir pada majlis berbuka puasa Parlimen Segambut anjuran Korean Society di Kuala Lumpur, 23 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Senarai baharu Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) bakal diumumkan minggu hadapan dengan struktur yang lebih kecil, namun tetap mengekalkan kesinambungan dan kepakaran bagi memastikan persiapan atlet negara menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) berjalan lancar.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, berkata mesyuarat pertama jawatankuasa baharu itu dijadualkan selepas Aidilfitri bagi memuktamadkan senarai atlet yang akan menerima fasiliti dan sokongan tambahan dalam program RTG.

"Akan ada nama baharu dan juga yang lama, tetapi yang penting adalah kesinambungan serta kepakaran dalam membangunkan atlet elit kita. Saya tak rasa banyak perubahan, tetapi kita nantikan.

"Jawatankuasa ini juga akan berskala lebih kecil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Parlimen Segambut di sini semalam.

Hannah bagaimanapun menegaskan pembaharuan kali ini tidak membawa kejutan besar, sekali gus meyakinkan semua pihak agar tidak perlu bimbang.

Program RTG dilancarkan untuk membantu atlet negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik menerusi sokongan menyeluruh dari segi latihan, fasiliti, pemulihan serta bantuan kepakaran teknikal.

Sementara itu, menyentuh mengenai Majlis Berbuka Puasa Parlimen Segambut, Hannah berkata ia adalah hasil kerjasama bersama Korean Society, yang turut dihadiri oleh Menteri Konsul Jeneral Kedutaan Republik Korea di Malaysia, Lee Han-il.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 18 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 28 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 49 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 2 hrs 2 mins ago