Translate

24 March 2025

TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelantan



TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelantan

Bernama

23/03/2025


TNB menerusi kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara sekiranya berlaku banjir bagi memastikan keselamatan penduduk. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengaktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana berikutan ramalan awal banjir di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula malam ini.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara sekiranya berlaku banjir bagi memastikan keselamatan penduduk.

"TNB mengambil maklum ramalan awal banjir seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

"TNB sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna dan akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan serta mengambil tindakan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Syarikat utiliti berkenaan turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan yang ditenggelami air, berhati-hati dengan peralatan elektrik serta mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan pemindahan dan keselamatan.

Untuk maklumat lanjut atau aduan berkaitan bekalan elektrik orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 20 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 32 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 34 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 53 mins ago