Translate

27 March 2025

Aidilfitri: WCE mula sibuk, jangka terima 170,000 kenderaan sehari



Aidilfitri: WCE mula sibuk, jangka terima 170,000 kenderaan sehari

Bernama

27/03/2025


Dijangka lebih 170,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya WCE dalam sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail/Bernama


SHAH ALAM: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatatkan peningkatan aliran trafik sejak Isnin lalu dengan jangkaan terkini lebih 170,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya tersebut dalam sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatatkan peningkatan aliran trafik dengan jangkaan lebih 170,000 kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

WCE menambah bilangan pasukan rondaan untuk memastikan kelancaran perjalanan dan menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal serta mengelakkan waktu puncak.

Kemudahan pengecasan untuk kenderaan elektrik disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE seperti SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix, berkata lonjakan trafik dijangka bermula hari ini hingga Ahad ini dan kembali meningkat pada 5 hingga 6 April depan.

Menurut beliau, sebagai persediaan menghadapi lonjakan trafik itu, pihaknya telah menambah bilangan pasukan rondaan bagi memastikan kelancaran perjalanan serta memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.

"Kami menggalakkan semua pengguna lebuh raya agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertimbang rasa ketika memandu dalam tempoh yang sibuk ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lyndon turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan waktu puncak, terutama pada hari sebelum raya.

"Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), kemudahan pengecasan turut disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE, antaranya di SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan," tambahnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 3 secs ago
A visitor from Florida viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 19 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed '36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ' 42 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 49 mins ago
A visitor from Washington viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 58 mins ago