Translate

25 March 2025

Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik



Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik

Bernama

25/03/2025


Hussein berkata, 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk. - Bernama


KAJANG: Polis Selangor menugaskan 71 pegawai dan 646 anggota bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.

Beliau berkata lokasi terbabit antaranya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Selangor-Rawang dan Plaza Tol Sungai Besi.

"Kita menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan keluar dan masuk di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena hari raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Azrin Borhan.

Sementara itu, mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Kota Damansara Sabtu lepas, Hussein berkata siasatan kes itu kini hampir selesai.

Beliau berkata polis telah merakamkan 12 keterangan termasuk saksi dan suspek yang merupakan seorang anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.

Sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun selepas disyaki melarikan tujuh dulang barang kemas dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 25 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 33 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 51 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 57 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 2 hrs 17 mins ago