Translate

25 September 2024

Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus



Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus

Bernama

25/09/2024





KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman, 29, yang maut akibat terkena tembakan rambang ketika menjalani Eksesais Pasak Bumi di kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song, Sibu, Sarawak pada Isnin.

"Saya menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan sama-sama kita doakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan terberat ini," kata Mohamed Khaled dalam catatannya di Facebook.

Pada Isnin, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataannya mengesahkan anggota daripada formasi 9 Briged di Sibu itu maut selepas terkena tembakan yang tidak pasti pada pukul 2.45 pagi ketika menjalani latihan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu anggota berkenaan telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song pada 4 pagi dan dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut pada kira-kira 5 pagi.

Bagaimanapun, anggota terbabit telah disahkan meninggal dunia pukul 7.43 pagi hari yang sama di Hospital Kapit akibat kecederaan yang dialami dan satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 19 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 56 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 36 mins ago