Translate

26 September 2024

JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai - Nga



JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai - Nga

Bernama

26/09/2024



NGA KOR MING: Antara perkara perlu dihalusi ialah bidang kuasa PBT untuk menarik kenderaan tersadai serta masalah dihadapi dalam mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit. -Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mekanisme undang-undang terbaik bagi menangani isu lambakan kenderaan tersadai di seluruh negara.

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mekanisme undang-undang terbaik bagi menangani isu kenderaan tersadai.

Perlu mengkaji bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik kenderaan tersadai dan masalah mengenal pasti pemilik kenderaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengingatkan pemilik kenderaan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai kerana ia menyebabkan pelbagai masalah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara perkara yang perlu dihalusi ialah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik kenderaan tersadai serta masalah yang dihadapi dalam mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit.


"Saya difahamkan sekiranya melebihi tempoh masa tertentu maka PBT ada kuasa untuk ambil (tarik kenderaan).

"Cuma, hal itu kita kena kaji dengan Akta Pengangkutan Jalan (1987) dan lihat bagaimana PBT di bawah kerangka undang-undang boleh laksanakan perkara berkenaan," katanya pada sidang media Prapelancaran Sambutan Hari Cuci Malaysia 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 2,112 kenderaan tersadai di 64 Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat.


Nga berkata semua pemilik kenderaan diingatkan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai kerana ia akan menyebabkan pelbagai masalah seperti menghalang lalu lintas, ruang parkir tidak mencukupi serta pencemaran.

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi ini merupakan tanggungjawab kita bersama," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 5 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 4 hrs 59 mins ago