Translate

30 September 2024

Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort



Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort

Astro Awani

30/09/2024



Kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah (gambar kecil) bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu - Foto Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilapor terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok berkata, penyanyi berusia 64 tahun itu mengalami cedera ringan dalam kejadian berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 5.29 petang.

"Terdapat lima mangsa terlibat dan telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

"Dua orang mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga lagi berada dalam kenderaan Toyota Hilux telah dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Mohd Hasbullah menambah, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain Khatijah yang juga pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka, empat lagi mangsa yang berusia antara 30 dan 60 tahun turut mengalami kecederaan.

Jelas Mohd Hasbullah, operasi JBPM itu berakhir pada jam 6.10 petang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 21 mins ago