Translate
28 October 2024
Parti pemerintah Jepun, LDP hilang majoriti dalam pilihan raya mengejut
Parti pemerintah Jepun, LDP hilang majoriti dalam pilihan raya mengejut
Agensi
28/10/2024
Shigeru Ishiba menjawab soalan wartawan mengenai keputusan pilihan raya mengejut di ibu pejabat LDP, Tokyo, pada Ahad. - Gambar AP
TOKYO: Gabungan parti politik diketuai oleh Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah Jepun kehilangan majoriti di Parlimen, iaitu keputusan terburuk yang dicapai selama lebih sedekad.
Dalam masa sama, parti pembangkang memperoleh lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat dalam keputusan pilihan raya mengejut.
Dengan baki 22 kerusi untuk diisytiharkan, LDP dan rakan gabungannya, Komeito yang lebih kecil, memperoleh 208 kerusi berbanding 235 kerusi pembangkang.
Sesebuah parti politik memerlukan majoriti 233 kerusi di Parlimen, Diet, untuk mentadbir secara bersendirian atau tanpa gabuangan.
Keputusan pilihan raya umum itu telah mencetuskan ketidakpastian tentang bagaimana ekonomi keempat terbesar dunia itu akan ditadbir.
Parti pembangkang terbesar, Parti Demokratik Berperlembagaan (CDP) memenangi 143 kerusi, menurut laporan NHK.
Pilihan raya mengejut itu diadakan oleh pemimpin baharu LDP, Shigeru Ishiba, tiga hari selepas beliau dipilih sebagai peneraju parti dan sebelum secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
"Para pengundi telah memberikan kami keputusan yang sukar dan kami perlu menerima keputusan ini dengan rendah hati," katanya kepada NHK.
Ia berlaku selepas beberapa tahun yang bergolak bagi LDP yang menyaksikan "gelombang" skandal, sikap tidak peduli pengundi secara meluas, dan penilaian kelulusan yang paling rendah dalam sejarah.
Parti itu telah melihat penarafan kelulusan di bawah 20 peratus pada awal tahun, berikutan skandal rasuah pengumpulan dana politik.
Namun, parti pembangkang gagal untuk bersatu atau meyakinkan pengundi bahawa mereka adalah pilihan yang berdaya maju untuk mentadbir.
Parti pembangkang utama mempunyai penilaian kelulusan hanya 6.6 peratus sebelum Parlimen dibubarkan.
"Sangat sukar untuk membuat keputusan untuk memilih parti, saya fikir orang ramai semakin hilang minat," kata Miyuki Fujisaki, penyokong LDP yang bekerja dalam sektor rumah penjagaan kepada BBC sebelum pusat mengundi dibuka.
LDP, katanya, mempunyai masalah dengan dakwaan rasuah, "tetapi pembangkang juga tidak menonjol sama sekali."
"Mereka pasti banyak merungut, tetapi ia tidak jelas sama sekali tentang apa yang mereka mahu lakukan," kata pengundi berusia 66 tahun itu lagi.
Walaupun terdapat sikap tidak peduli dalam kalangan rakyat, namun, landskap politik di Jepun bergerak dengan pantas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Ishiba mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas diundi oleh parti pemerintah berikutan pendahulunya Fumio Kishida - yang telah memegang jawatan itu sejak 2021 - membuat keputusan mengejut untuk berundur pada Ogos.
Tindakan memanggil pilihan raya itu berlaku ketika LDP terdesak untuk memulihkan imejnya yang tercalar di kalangan orang ramai.
Ishiba - ahli politik lama yang sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan menyifatkan hasil pilihan raya itu sebagai "keputusan rakyat."
Beberapa siri skandal telah mencemarkan nama baik parti pemerintah.
Antaranya ialah hubungan parti dengan Gereja Penyatuan yang kontroversi - yang disifatkan oleh pengkritik sebagai "kultus" - dan tahap pengaruhnya terhadap penggubal undang-undang.
Kemudian muncul pendedahan skandal rasuah pembiayaan politik.
Pendakwa raya Jepun telah menyiasat berpuluh-puluh Ahli Parlimen LDP yang dituduh mengaut hasil daripada acara pengumpulan dana politik.
Dakwaan itu - mencecah jutaan dolar - membawa kepada pembubaran puak berpengaruh yang menjadi tulang belakang parti berkenaan.
“Betapa teruknya parti yang memerintah,” kata Michiko Hamada yang menyertai perhimpiunan kempen pembangkang di stesen Urawa, di pinggir Tokyo.
“Itu yang paling saya rasakan. Ia adalah pengelakan cukai dan sama sekali tidak boleh dimaafkan."
Skandal itu dianggap sebagai sangat mengerikan ketika rakyat Jepun bergelut dengan kenaikan harga barang.
Gaji tidak berubah selama tiga dekad - digelar "30 tahun yang hilang" - tetapi harga telah meningkat pada kadar terpantas dalam hampir setengah abad dalam dua tahun lepas.
Bulan ini menyaksikan lebih banyak kenaikan harga pada beribu-ribu produk makanan, serta peruntukan harian lain seperti surat-menyurat, farmaseutikal, elektrik dan gas.
"Saya membayar 10,000 yen atau 20,000 yen (AS$65 - AS$130) lebih untuk makanan setiap bulan (berbanding dulu)," kata Hamada.
"Dan saya tidak membeli barang seperti yang selalunya saya beli sebelum ini. Saya cuba berjimat tetapi kosnya masih lebih tinggi. Barangan seperti buah sangat mahal,” keluhnya.
Dia bukan satu-satunya yang bimbang dengan harga yang tinggi.
Seorang pesara, Chie Shimizu berkata, dia kini terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kehidupan.
"Gaji setiap jam kami telah naik sedikit tetapi ia tidak sepadan dengan harga barang," katanya kepada BBC semasa mengambil makanan dari sebuah gerai di stesen Urawa.
"Saya datang ke tempat-tempat seperti ini untuk mencari sesuatu yang lebih murah dan bagus kerana segala-galanya di kedai biasa adalah mahal." - BBC
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4476)
-
▼
Oct 2024
(704)
- Sambutan rumah terbuka Deepavali Madani | 31 Okt 2024
- Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni selur...
- SPRM reman 2 lagi individu kes kartel perolehan ba...
- Judge orders Elon Musk to court over $1 million gi...
- Gov't never discussed introducing ChatGPT subscrip...
- Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik keti...
- 1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spek...
- Russell Peters to perform in Kuala Lumpur
- Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia r...
- Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
- Police recover RM7.2 million ransom money in busin...
- US$3 billion development for TRX diverted into Naj...
- ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN ...
- EFL CUP HIGHLIGHTS : Spurs sink Man City 2-1, Man ...
- MAF probing bullying incident using iron at UPNM
- JUDGE: US$3 billion development for TRX diverted i...
- The Spanish football league will observe a minute'...
- "It's hard to find true friends" - Najib Razak
- Ketua Polis Indonesia dahului penerima DKPP daripa...
- Zubir Khan's - "Deepavali Sudah Mari" Music Video ...
- The appointment of Azalina as President of IACA is...
- Korean students running scared of 'Blackpink's Ros...
- Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berun...
- Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7....
- Tiga warga China seluk saku di KLIA dihukum penjara
- PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Man...
- MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan dat...
- CAAM tidak perbaharui Sijil Perakuan GIAAN Flying ...
- Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang ...
- Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan b...
- Pengurus Ikhwan Cafe didakwa memperdagangkan orang
- Applications for the Russian government scholarshi...
- The founder of TikTok, Zhang Yiming, is the riches...
- Tawaran kerja AS susut, ringgit dibuka mengukuh be...
- Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam ...
- Two more GISB followers to be charged today - IGP
- Is Rúben Amorim the RIGHT manager for Manchester U...
- 🚨FA PREMIER LEAGUE APOLOGY "Sorry Not A Penalty" ...
- Media urged to comply with Act 611 in reporting on...
- Former Malaysian PM Najib Razak will be called to ...
- Malaysia first country to be nominated by BRICS co...
- Nasib Najib Razak Kes 1MDB Diketahui Pagi Ini
- Malaysia’s BRICS partner status set to contribute ...
- Malaysia's former PM Mahathir discharged from hosp...
- Facebook owner Meta faces US$2.8 mln lawsuits in J...
- Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal l...
- Chinese fan cycles for 13,000 km in 6 months to me...
- PM Anwar terima kunjungan hormat CFM, bincang usah...
- Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendir...
- KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, B...
- Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat ...
- Culik ahli perniagaan: 10 suspek disambung reman, ...
- Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai hamp...
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, ...
- Jangan terperdaya individu menyamar Ayob Khan
- Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok
- Former Philippine President Duterte confirms exist...
- EV charging stations to double to 4,000 next year ...
- Dividend tax reduced to 2 pct in response to MSME ...
- Diana Danielle Fail Cerai Kali Kedua Pada Farid Ka...
- BREAKING: Erik ten Hag has been sacked by Manchest...
- Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendeka...
- PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu ...
- Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tungga...
- Trump dahului Harris di 7 negeri penting seminggu ...
- KKM sahkan sampel anggur ‘shine muscat’ tiada resi...
- Ismail Sabri withdraws defamation suit against Age...
- Woman charged with possession of 38 banned publica...
- New legislation on gig workers to ensure comprehen...
- Deepavali: Toll-free travel on all highways for Cl...
- SINDIKET PELABURAN EMAS | Polis Kedah Terima 48 La...
- MAHKAMAH | Buruh Didakwa Langgar Murid
- Arsenal 2 - 2 Liverpool | 2024/25 PL Highlights | ...
- Sesi Soal Jawab oleh PM Anwar Ibrahim & Rafizi Ram...
- Najib's apology means nothing to me, says Loke
- Polis tahan dua lelaki, rampas 145kg dadah bernila...
- Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu
- Op Global: 68 permohonan perintah mahkamah kembali...
- Lelaki Nepal cuba culik kanak-kanak di Rawang dipe...
- Aktiviti potong pokok punca operasi tren KTM, ETS ...
- KPDN laksana pemantauan pastikan peniaga patuh SHM...
- Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci s...
- Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan pa...
- 10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di...
- Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek sa...
- Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kemati...
- Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai d...
- Pegawai Kesuma diminta turun ke setiap negeri, den...
- Pengguna kereta api Jerman bakal berdepan gangguan...
- Rakyat teruja saksi istiadat persandingan Tengku M...
- Wanita Maut Dilanggar Kereta Dipandu Warga Asing
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Parti pemerintah Jepun, LDP hilang majoriti dalam ...
- Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Ist...
- ANGGUR IMPORT | KPKM Siasat ‘Shine Muscat’ Didakwa...
- Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends...
- Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan...
- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ...
- Kes Culik Warga China: Lima Suspek Berjaya Diberkas
- Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di...
-
▼
Oct 2024
(704)