Translate

29 October 2024

Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini



Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini

Bernama

29/10/2024


Ayab Khan (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen daripada Pemangku Ketua Polis Kelantan Mohd Ali Tamby (kiri) kepada Ketua Polis Kelantan yang baharu Datuk Mohd Yusoff Mamat pada majlis hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Yusoff itu bagi menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos lepas.

Sebelum ini, jawatan berkenaan dipangku Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) hari ini dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata pelantikan Ketua Polis Kelantan adalah satu tradisi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meneruskan kelangsungan kepimpinan tertinggi PDRM di negeri ini.

"Suka saya ingatkan kepada Datuk Mohd Yusoff bahawa pangkat dan jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang berat dan bukan untuk mengumpul kekayaaan keluarga serta untuk bermegah-megah dengan kedudukan jawatan kita.

"Pangkat dan jawatan hanyalah pinjaman sahaja di dunia, oleh itu Datuk Mohd Yusoff perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah, integriti dan telus," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di IPK Kelantan.

Ayob Khan berkata pelantikan Mohd Yusoff berdasarkan kepada pengalaman luas dimilikinya yang pernah menjadi Ketua Polis Daerah Klang Utara dan Komander Polis Marin Bukit Aman.

Sementara itu, Mohd Yusoff mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ayob Khan serta kepimpinan tertinggi PDRM kerana diberi kepercayaan untuk menerajui polis kontinjen Kelantan.

"Tanggungjawab sebagai KP (Ketua Polis Kelantan) adalah besar dan saya akan jalan amanah ini dengan penuh intergriti bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negeri ini terjamin, selain meningkatkan kepercayaan masyarakat Kelantan kepada perkhidmatan PDRM," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 11 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 8 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 8 hrs 12 mins ago