Translate

28 October 2024

Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kematian doktor di HSJ - Lukanisman



Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kematian doktor di HSJ - Lukanisman

Bernama

27/10/2024


Lukanisman berkata, siasatan awal mendapati, terdapat 30 pengamal perubatan yang bekerja ketika doktor itu bertugas. - Gambar fail


GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiada unsur kerja berlebihan atau buli dalam kes kematian seorang doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini yang didakwa berpunca akibat dibuli ketika dalam perkhidmatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia berikutan siasatan awal mendapati, terdapat 30 pengamal perubatan yang bekerja ketika doktor itu bertugas, berbanding maksimum 25 doktor pada satu-satu masa.

"Namun begitu, kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut, malah kita bukan sahaja melihat (kes buli) di Pulau Pinang, tetapi juga pada peringkat nasional, kita sedang menangani semua kes buli (yang ada)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) yang dijalankan serentak dengan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Pulau Pinang di Medan Renong dan Jalan Penang di sini hari ini.

Pada 17 Okt lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sedang menyiasat kes kematian melibatkan seorang doktor di sebuah hospital di Seberang Jaya pada Jun lepas yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan perbuatan buli serta beban kerja melampau.

Mengulas lanjut, Lukanisman menegaskan KKM tidak akan berkompromi dengan sebarang kejadian buli yang berlaku di mana-mana fasiliti kementerian di seluruh negara, termasuk insiden kematian pakar perubatan patologi hospital di Lahad Datu, Sabah di kediamannya pada 29 Ogos, yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 26 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 37 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 42 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 44 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 47 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 50 mins ago