Translate

31 October 2024

1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi - SPRM



1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi - SPRM

Bernama

31/10/2024


Menurut Azam, SPRM menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau menegaskan, SPRM akan mematuhi semua proses sewajarnya dalam memastikan ketelusan siasatan, dan menyeru agar semua pihak mengelakkan daripada membuat spekulasi.

"Kami juga akan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh YTL," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azam berkata, masih terlalu awal untuk SPRM membuat sebarang kesimpulan memandangkan siasatan melibatkan pertikaian teknikal berkaitan pelaksanaan projek antara KPM dan YTL.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa SPRM akan berusaha mempercepatkan siasatan sebaik mungkin.

Semalam, YTL dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa tender 1BestariNet diberikan kepada syarikat itu berdasarkan bidaannya yang memenuhi keperluan teknikal dan lebih efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain, sekali gus menunjukkan keupayaan dan merit syarikat tersebut.

- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 8 hrs ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 8 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 8 hrs 49 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 9 hrs 1 min ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 9 hrs 51 mins ago