Translate

10 April 2025

Malaysia di landasan untuk jadi kuasa tenaga solar - TPM Fadillah



Malaysia di landasan untuk jadi kuasa tenaga solar - TPM Fadillah

Bernama

10/04/2025


Fadillah berkata, Malaysia di landasan untuk menjadi kuasa tenaga solar berikutan lokasi strategiknya secara geografi, limpahan cahaya matahari serta tekad politik yang kukuh. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ini termasuk pengembangan tenaga boleh baharu (TBB) yang menyaksikan Malaysia di landasan untuk menjadi kuasa tenaga solar berikutan lokasi strategiknya secara geografi, limpahan cahaya matahari serta tekad politik yang kukuh.

"Ini ditambah lagi dengan potensi besar Malaysia bagi tenaga biojisim dan pembangunan tenaga hidro.

"Kejayaan pelaksanaan ladang solar terapung dan projek solar berskala besar di serata negara juga memaparkan keupayaan Malaysia dalam memanfaatkan sumber tenaga bersih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 di sini, hari ini.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Dundee viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Omsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | BEST F' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '"Instafamous Papaicici" fined RM3,000 for Offering' 4 hrs 15 mins ago