Translate

27 October 2024

Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024



Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024

Astro Awani

27/10/2024


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 pada Sabtu. - Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa mengunjungi tapak pameran serta menyantuni para peserta dan pempamer selepas menyempurnakan perasmian.

Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Ismail Bakar dalam ucapannya menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim kerana penyempurnaan oleh baginda meningkatkan kepentingan MIH Megatrends 2024 di peringkat global.

“KPJ Healthcare juga teruja untuk memperkenalkan sistem kesihatan akademik kami pada hari ini. Inisiatif ini mengintegrasikan kecemerlangan klinikal, pendidikan dan penyelidikan selaras dengan agenda kesihatan nasional.

“Ini menandakan langkah penting dalam meningkatkan penjagaan pesakit dan perkhidmatan kesihatan kami ke tahap bertaraf dunia,” katanya.

Sultan Ibrahim berkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024

Beliau menganggap kerjasama KPJ Healthcare dengan beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendorong transformasi sektor kesihatan ke arah lebih efektif.

“Jadi segala jalinan ini akan mengukuh MIH Megatrends 2024 menjadi platform pertukaran idea selain berfungsi sebagai pemangkin untuk memberikan manfaat yang lebih berkesan kepada semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

MIH Megatrends 2024 anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama KPJ Healthcare merupakan platform bagi pemain industri penjagaan kesihatan global, profesional dan pembuat dasar membincangkan kemajuan teknologi terkini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat ' 9 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 1 hr 42 mins ago