Translate

28 October 2024

Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis



Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis

Astro Awani

27/10/2024


Naazron Abdul Yusof berkata, polis sudah menahan kedua-dua lelaki yang berusia 35 dan 51 tahun, empat hari selepas mendapat laporan. - Video tular/Media sosial


KAJANG: Polis mengesahkan dua lelaki dalam video tular di media sosial kerana dipercayai meletakkan kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, di sini pada dua minggu lalu sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik gerai yang berusia 18 tahun itu pada kira-kira pukul 7.30 malam, 11 Oktober lalu.

Susulan laporan itu, beliau memberitahu, polis menahan kedua-dua lelaki yang berusia 35 dan 51 tahun empat hari kemudian.

"Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan terdapat dua lelaki yang berbaju hitam dan memakai topi keledar memasuki kedai tersebut dan meletakkan kepala babi di atas kabinet dan dapur roti canai," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Kata Naazron, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Namun kata beliau, video berkenaan tular dalam media sosial sejak Sabtu selepas dimuat naik seorang pemilik akaun X bernama update11111.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Turk' 20 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Anwar dijadual sampaikan pernyataan bersama ASEAN ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 37 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAJLIS ADVOKASI ROYALTI MUZIK - KPDN | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 1 hr ago
A visitor from Hyattsville viewed 'Snipers Shoot 11 Police Officers Killing 4 and pla' 1 hr 5 mins ago