Translate

28 October 2024

Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis



Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis

Astro Awani

27/10/2024


Naazron Abdul Yusof berkata, polis sudah menahan kedua-dua lelaki yang berusia 35 dan 51 tahun, empat hari selepas mendapat laporan. - Video tular/Media sosial


KAJANG: Polis mengesahkan dua lelaki dalam video tular di media sosial kerana dipercayai meletakkan kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, di sini pada dua minggu lalu sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik gerai yang berusia 18 tahun itu pada kira-kira pukul 7.30 malam, 11 Oktober lalu.

Susulan laporan itu, beliau memberitahu, polis menahan kedua-dua lelaki yang berusia 35 dan 51 tahun empat hari kemudian.

"Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan terdapat dua lelaki yang berbaju hitam dan memakai topi keledar memasuki kedai tersebut dan meletakkan kepala babi di atas kabinet dan dapur roti canai," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Kata Naazron, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Namun kata beliau, video berkenaan tular dalam media sosial sejak Sabtu selepas dimuat naik seorang pemilik akaun X bernama update11111.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Phoenix viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 41 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Caloocan viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM Anwar terima kunjungan hormat Siti Nurhaliza, b' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 8 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 9 hrs 32 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 9 hrs 44 mins ago