Translate

28 October 2024

10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu



10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu

Bernama

27/10/2024


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dipercayai pelacur dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an.

"Turut dirampas ialah kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.

"Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang beroperasi bermula 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rusdi berkata wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong untuk menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara bebas.

Beliau berkata serbuan dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago