Translate

30 October 2024

CAAM tidak perbaharui Sijil Perakuan GIAAN Flying Academy



CAAM tidak perbaharui Sijil Perakuan GIAAN Flying Academy

Bernama

30/10/2024


Kapten Norazman berkata, ia disebabkan ketidakmampuan akademi latihan penerbangan itu menangani hasil dapatan beberapa siri audit yang telah dilaksanakan oleh CAAM. - Bernama

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak memperbaharui Sijil Perakuan (COA) GIAAN Flying Academy Sdn Bhd (GFA) yang akan tamat esok.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata ia disebabkan ketidakmampuan akademi latihan penerbangan itu menangani hasil dapatan beberapa siri audit yang telah dilaksanakan oleh CAAM selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 189, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

"Berikutan itu, GFA tidak lagi diperakukan untuk beroperasi sebagai Organisasi Latihan Diluluskan (ATO) dan tidak boleh melaksanakan sebarang kursus latihan yang disenaraikan di bawah spesifikasi latihan COA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazman berkata keputusan itu adalah ekoran ketidakmampuan GFA menangani hasil dapatan audit pembaharuan yang dilaksanakan CAAM pada Disember 2023 berkaitan pematuhan ATO dan isu keselamatan.

Susulan itu, GFA telah digantung sementara selama 90 hari bermula 29 Disember 2023 hingga 28 Mac 2024.

Beliau berkata selepas tamat tempoh penggantungan itu, GFA diberi peluang untuk menangani hasil dapatan audit dengan bersyarat selama enam bulan bermula 29 Mac 2024.

"Walau bagaimanapun, GFA masih gagal membetulkan kesemua dapatan audit berkenaan semasa proses audit pembaharuan sijil yang dilaksanakan pada Julai 2024 dan seterusnya menjejaskan pematuhan GFA terhadap keperluan yang ditentukan dalam Civil Aviation Directive (CAD) 1011-ATO," katanya.

Justeru, Norazman berkata CAAM mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui Sijil Perakuan GFA yang berakhir esok.

Beliau berkata CAAM sebagai badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia komited dalam memastikan hanya syarikat pengendali yang mematuhi segala peraturan dibenarkan untuk beroperasi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Selangor viewed 'Aplikasi Air Selangor 2.0 ditambah baik, aduan keb' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 21 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Macam Negara Koboi Dibuatnya Tengok Apa Berlaku | ' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan tren penumpang laluan Pasir Gudang-Ke' 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago