Translate

29 October 2024

Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M



Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M

Bernama

29/10/2024


Abang Johari berkata walaupun Sarawak kini disenaraikan sebagai negeri yang berpendapatan tinggi, bukan tanggungjawab negeri itu membantu negeri lain yang mundur, kerana itu tanggungjawab kerajaan pusat. - Gambar fail/BERNAMA


KUCHING: Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata walaupun Sarawak kini disenaraikan sebagai negeri yang berpendapatan tinggi, bukan tanggungjawab negeri itu membantu negeri lain yang mundur, kerana itu tanggungjawab kerajaan pusat.

"Sarawak kaya sebab kita mampu menguruskan ekonomi kita dengan baik, usaha kita belum habis lagi iaitu untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat, sebab itu kita majukan kawasan luar bandar terlebih dahulu.

"Ada pepatah orang putih berbunyi charity begins at home. Orang kampung kita masih ada banyak masalah, jadi kita tolong orang kampung dululah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelan Induk Kelestarian Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan sebuah portal berita semalam, bahawa Sarawak harus membantu negeri yang mundur untuk membangun.

Dalam wawancara itu Tun Mahathir berkata Sarawak, yang kini mencapai status berpendapatan tinggi, seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.

Beliau dipetik sebagai berkata Malaysia merupakan sebagai sebuah persekutuan dan negeri yang lebih kaya mesti berkongsi kekayaan dengan yang lebih miskin.

Sementara itu, Abang Johari turut memberikan contoh saiz negeri Kedah hampir sama dengan kawasan Baram, kawasan pedalaman utara Sarawak, namun peruntukan bagi setiap negeri adalah hampir sama.

"Bagaimana anda boleh menyamakan Sarawak dengan Kedah, sedangkan kita lebih besar? Banyak sekolah kami dalam keadaan uzur dan Sarawak terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membantunya.

"Oleh itu, saya tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang perkara ini (pendapat Mahathir), kerana rakyat kita sendiri masih memerlukan pembangunan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 30 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 32 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 41 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 18 mins ago