Translate

30 October 2024

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi



Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi

Bernama

30/10/2024


Lelaki terbabit bersama-sama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan bayi lelaki di dalam sebuah tong di Jalan Tong Sang pagi semalam. - Gambar hiasan


SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Majistret Oon Kork Chern turut mengarahkan lelaki itu yang juga suspek kes berkenaan dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 Nov.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan berkata lelaki terbabit bersama-sama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan bayi lelaki di dalam sebuah tong di Jalan Tong Sang pagi semalam.

Beliau berkata bayi berkenaan yang ditemukan dalam keadaan lemah oleh orang awam kira-kira 8.30 pagi disyaki baru dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam, kini dirawat di Hospital Sibu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.

Zulkipli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi pegawai penyiasat Ins Ahmad Zam Zam Ismail menerusi talian 014-9067 909 atau 084-364737 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 14 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'President Xi Jinping concludes three-day state vis' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 38 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 41 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Lebih 100 permohonan pas pelabur diterima JIM | BE' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump Accuses Xi Jinping of Using Southeast' 1 hr 38 mins ago