Translate

10 April 2025

Polis Johor terima laporan kes gaduh di laluan masuk BSI



Polis Johor terima laporan kes gaduh di laluan masuk BSI

Bernama

10/04/2025


ACP Raub Selamat berkata laporan polis dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun kira-kira pukul 7 pagi tadi berhubung pergaduhan yang tular itu.


JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam media sosial dipercayai berlaku di laluan masuk ke Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata laporan polis dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun kira-kira pukul 7 pagi tadi berhubung pergaduhan yang tular itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat seorang daripada individu yang terlibat dipercayai telah memotong barisan sekali gus mencetuskan pertengkaran fizikal.

"Setakat ini, hanya satu laporan polis yang dibuat penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp S. Sivakumaran melalui talian 019-5127410," katanya.

Raub berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video kejadian itu menerusi media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'NIKAH LUNA MAYA & MAXIME BOUTTIER | BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Blantyre viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 3 hrs 13 mins ago