Translate

10 April 2025

Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hubungan kukuh Malaysia, China



Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hubungan kukuh Malaysia, China

Bernama

10/04/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Guangxi Lan Tianli dan delegasinya. - Foto FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Guangxi Lan Tianli dan delegasinya yang mencerminkan hubungan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China.

Beliau berkata Guangxi merupakan pintu masuk China ke ASEAN dan rakan wilayah penting yang memainkan peranan utama dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

"Saya maklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada 15-17 April ini, justeru kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi ASEAN termasuklah pengukuhan kerjasama kecerdasan buatan (AI) dan digital," kata Anwar menerusi hantaran di laman rasmi X beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan menjemput perusahaan AI terkemuka China untuk mempertimbang menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di sini.

"Selain itu, kami turut menyentuh usaha memajukan Inisiatif "Dua Negara, Taman Berkembar" melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), yang terus menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan," kata beliau.

Anwar berkata sehingga kini sebanyak RM20.77 bilion telah direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan diwujudkan yang menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia.

China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia bagi tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah AS$106.04 bilion (RM484.12 bilion).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB' 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Tindakan lanjut sele' 5 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tindakan lanjut sele' 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM' 5 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramli Ngah Talib, 84 appointed as the ninth Yang D' 14 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Tindakan lanjut sele' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 16 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Tindakan lanjut sele' 24 mins ago