Translate

28 March 2025

Ringgit dibuka tinggi berikutan ketidaktentuan dasar AS jejaskan dolar



Ringgit dibuka tinggi berikutan ketidaktentuan dasar AS jejaskan dolar

Bernama

28/03/2025


Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.2 peratus kepada 104.335 mata walaupun keadaan ekonomi di AS memberangsangkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan, yang berpotensi melemahkan permintaan.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4340 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.2 peratus kepada 104.335 mata walaupun keadaan ekonomi di AS memberangsangkan.

"Ketidaktentuan dasar yang meningkat telah mengurangkan kebolehlihatan pihak berkuasa monetari AS untuk bertindak balas," katanya kepada Bernama.

Belia berkata, tindakan mengekalkan pendirian dasar monetari yang sederhana ketat masih merupakan langkah paling selamat untuk membendung risiko inflasi.

Mohd Afzanizam berkata, pengumuman Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai mekanisme untuk rasionalisasi subsidi bahan api RON95 menggunakan MyKad pada separuh kedua tahun ini memberi petanda baik kepada ringgit.

"Ini sewajarnya positif untuk ringgit dalam jangka masa sederhana dan panjang kerana menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal.

"Ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.42 hingga RM4.43 hari ini, dengan indikator teknikal menunjukkan zon neutral bagi pasangan dolarAS-ringgit," katanya.

Dalam awal dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9297/9433 daripada 2.9351/9380 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding euro kepada 4.7727/7943 daripada 4.7720/7763.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7239/7498 daripada 5.7236/7287.

Ringgit juga diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 13.0615/1318 daripada 13.0678/0854 ketika ditutup pada Khamis, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3152 daripada 3.3060/3094.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.73 daripada 7.67/7.68 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 266.8/268.1 daripada 267.4/267.8.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 11 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori b' 44 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 55 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 59 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 6 mins ago