Translate

02 April 2025

Kenyataan rasis: Pejabat Menteri Perpaduan Negara buat laporan MCMC



Kenyataan rasis: Pejabat Menteri Perpaduan Negara buat laporan MCMC

Bernama

01/04/2025


Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pihaknya berharap individu berkenaan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Perpaduan Negara telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kenyataan berunsur rasis dan provokatif yang dimuat naik oleh seorang individu di platform X.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pihaknya berharap individu berkenaan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kementerian Perpaduan Negara komited memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia terus terpelihara. Oleh itu, sebarang bentuk kenyataan atau tindakan yang boleh menggugat perpaduan dan menyemarakkan kebencian tidak boleh diterima sama sekali.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak agar lebih beretika dalam penggunaan media sosial serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama," katanya menerusi satu hantaran di platform X beliau.

Aaron turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama menolak sebarang bentuk ekstremisme, provokasi dan fitnah yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Terdahulu, tular dua ciapan seorang pengguna X, @AmirRidhwann, bertarikh 5 Mac dan 26 Mac yang berunsur provokatif dan rasis terhadap masyarakat India.

Namun, semakan terkini mendapati hantaran itu telah dipadam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 40 mins ago