Translate

05 April 2025

Kerajaan Johor komited pastikan RON95 hanya untuk rakyat Malaysia



Kerajaan Johor komited pastikan RON95 hanya untuk rakyat Malaysia

Bernama

05/04/2025


Onn Hafiz berkata usaha itu akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka benar-benar layak sahaja. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan komited memastikan subsidi bahan api RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan hak rakyat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON 95 kepada kenderaan asing," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.

Hantaran itu dibuat selepas beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han, melakukan pemeriksaan di stesen minyak sekitar bandar Johor Bahru.

Pemeriksaan itu turut yang disertai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, bertujuan memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan serta tidak disalah guna kenderaan berdaftar asing.

"Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing, serta memastikan harga dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter.

"Had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50 kilometer (KM) daripada sempadan turut diperiksa, bagi memastikan peraturan itu dipatuhi," katanya.

Onn Hafiz berkata usaha itu akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka benar-benar layak sahaja.

Beliau juga menyeru orang ramai memainkan peranan dengan membuat aduan kepada KPDN jika berlaku penyelewengan atau pelanggaran peraturan berkaitan bahan api bersubsidi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 4 hrs 3 mins ago