Translate

26 April 2025

4 premis tawar khidmat seks di Bukit Bintang ditutup



4 premis tawar khidmat seks di Bukit Bintang ditutup

26 April 2025

BuletinTV3

FOTO IHSAN DBKL


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat premis yang menawarkan perkhidmatan seks di sekitar kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang.

Tindakan itu hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan secara berterusan selama beberapa hari oleh pasukan penguat kuasa DBKL sebelum operasi dijalankan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat premis berkenaan dikenal pasti aktif menjalankan aktiviti persundalan dan sudah dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Selain tindakan penutupan, DBKL turut merobohkan struktur dalaman yang dijadikan bilik khas supaya aktiviti persundalan dapat dilakukan.

“DBKL juga mengeluarkan empat notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta merampas kesemua barangan yang membabitkan aktiviti persundalan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita sudah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Katanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 12 mins ago
A visitor from Bukit mertajam viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 15 mins ago
A visitor from Craigavon viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SALAH GUNA KUASA P.RAMASAMY DIDAKWA SALAH GUNA KED' 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 40 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'PNB accepts Jalil Rasheed's resignation as preside' 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes HFMD - Kes DiJohor Terus Meningkat 8 Taman Asu' 47 mins ago