Translate

05 April 2025

Kanak-kanak lelaki hanyut dalam longkang diselamatkan orang awam - Polis



Kanak-kanak lelaki hanyut dalam longkang diselamatkan orang awam - Polis

Bernama

05/04/2025


Kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada 2.30 petang semalam, dan mangsa mengalami kecederaan ringan calar di lutut serta siku. - Gambar/ Media sosial


JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di Taman Kota Masai di sini semalam, diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada 2.30 petang dan mangsa mengalami kecederaan ringan calar di lutut serta siku.

"Kanak-kanak itu sedang berjalan dengan rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan lalu dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat sejauh kira-kira 100 meter.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya selepas menunaikan Solat Jumaat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengawasi anak-anak terutama ketika musim hujan serta mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti berisiko.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat dimuat naik ke Facebook 'Lanun Selatan' memaparkan insiden seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras dalam sebuah longkang.

Video itu mendapat pelbagai komen termasuk ada yang mengecam tindakan individu merakam insiden tersebut kerana tidak membantu menyelamatkan mangsa selain menyifatkan tindakannya sebagai salah meletakkan keutamaan serta tiada nilai kemanusiaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 47 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 2 hrs 30 mins ago