Translate

11 April 2025

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Trump tangguh tarif 90 hari



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Trump tangguh tarif 90 hari

Bernama

11/04/2025


Pada 8.14 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4275/4425 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Pada 8.14 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4275/4425 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4730 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata selepas penangguhan selama 90 hari, pasaran kewangan menjadi tidak menentu, dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan mendadak, hasil Perbendaharaan AS untuk 10 tahun meningkat manakala Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan ketara.

"Apa yang jelas ialah peniaga dan pelabur sedang menilai semula bagaimana tarif tersebut akan memberi impak kepada ekonomi, dengan pertumbuhan dan inflasi terjejas secara serentak.

"Stagflasi dilihat sebagai kemungkinan yang boleh wujud daripada perang perdagangan dan ini akan menyukarkan tugas Rizab Persekutuan untuk melaksanakan mandatnya, mencapai guna tenaga maksimum dan harga yang stabil," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata inflasi AS pada Mac sederhana kepada 2.4 peratus daripada 2.8 peratus sebelum ini tetapi pelabur ragu-ragu berikutan tarif balas pada April boleh mengubah keadaan.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil, mengambil petunjuk daripada penurunan DXY dan ketidaktentuan pasaran yang meningkat disebabkan tarif," katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0879/0988 daripada 3.0594/0639, susut berbanding euro kepada 4.9854/0023 daripada 4.9401/9467, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.7540/7735 daripada 5.7566/7644 semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3330/3450 daripada 3.3361/3411, tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.75 daripada 7.79/7.81 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 263.1/264.1 daripada 265.5/265.9 semalam.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0910/1439 daripada 13.0618/0866.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shahnaz Abdul Majid awarded RM30 million following' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Pasir gudang viewed 'Caldbeck Macgregor Malaysia Organizes Exclusive Bu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 3 hrs ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 2 mins ago