Translate

12 April 2025

Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, telus



Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, telus

Bernama

12/04/2025


Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, menyeru setiap anggota yang layak agar mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. - Gambar fail/Bernama


BUKIT MERTAJAM: Naib Pesiden PKR Nurul Izzah Anwar berharap agar proses pemilihan parti yang bermula sejak semalam, berjalan dalam suasana yang teratur dan telus bagi memastikan keutuhan parti terus terpelihara.

Beliau berkata pemilihan PKR bukan sekadar proses menentukan kepimpinan, tetapi ruang penting untuk mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam parti, sekali gus memperkukuh akar umbi selain menekankan kepentingan sistem pemilihan dilaksanakan dengan rapi, bagi memastikan setiap anggota berasa dihargai.

"Isu utama ialah kita nak pastikan sistem ini dilaksanakan dengan teratur, dengan memastikan keutuhan anggota itu sentiasa terjaga, terpelihara dan mungkin lebih efisien, kerana akhirnya kita bertanding pun dalam kelompok keluarga.

"Kita semua dalam satu wadah besar Keadilan, apa yang kita mahu (ialah) yang menang, yang mungkin belum menang, yang mungkin tidak dapat dipilih sebagai perwakilan peringkat cabang pun, tetapi bersama membina kekuatan masyarakat dan membantu menyelesaikan apa yang perlu kita laksanakan di peringkat komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Permatang Pauh Rewang Ketupat Bersama Nurul Izzah Anwar di Dewan Yayasan Aman di sini hari ini.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, menyeru setiap anggota yang layak agar mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, meskipun ada yang mungkin terlepas pendaftaran awal untuk mengundi secara dalam talian.

Beliau turut berharap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Pejabat Setiausaha Agung diberikan kekuatan dan kebijaksanaan, dalam memastikan proses tersebut berjalan lancar seterusnya memberi ruang kepada semua anggota untuk bersuara serta diraikan.

Pada 26 Jan, PKR dilaporkan memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan diadakan pada 24 Mei ini.

Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 1 hr 1 min ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs 14 mins ago