Translate

25 April 2025

JDT mara ke final Piala Malaysia, Johor isytihar Isnin cuti peristiwa



JDT mara ke final Piala Malaysia, Johor isytihar Isnin cuti peristiwa

Bernama

24/04/2025


JDT kini dalam misi mengekalkan kejuaraan buat kali kelima setelah meraih empat gelaran Piala Malaysia pada 2017, 2019, 2022 dan 2023. - Facebook Onn Hafiz Ghazi


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memutuskan untuk mengisytiharkan Isnin depan (28 April) sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri itu sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui hantaran Facebook miliknya mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini.

"Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebagai sebuah kelab bola sepak berprestij bukan sahaja di Malaysia, bahkan turut disegani di rantau Asia," katanya.

Beliau berkata JDT kini dalam misi mengekalkan kejuaraan buat kali kelima setelah meraih empat gelaran Piala Malaysia pada 2017, 2019, 2022 dan 2023.

"Ayuh, seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT," katanya.

Onn Hafiz turut mengajak penyokong pasukan negeri itu untuk memeriahkan sambutan JDT menjuarai Liga Super 11 kali berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 malam, 27 April ini.

"Ayuh, kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk Chapter 2: The 11. Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pasukan kebanggaan kita, Johor Darul Ta'zim," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 23 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 36 mins ago