Translate

25 April 2025

Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara lima bulan

 

Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara lima bulan

Muhammad Nazrullah dipenjara selepas gagal bayar denda kerana mengintai wanita dalam tandas awam Tanjung Emas, Muar – FOTO: NSTP

MUAR: Seorang penganggur dipenjara lima bulan selepas gagal membayar denda RM2,800 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengintai wanita sedang melepas ‘hajat’ di sebuah tandas awam, pertengahan bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Nazrullah Basir, 24, sebelum itu dijatuhi hukuman denda selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa mengaibkan kehormatan wanita berusia 26 tahun dengan cara mengintai melalui bawah pintu tandas awam Tanjung Emas, di sini, 9.30 pagi, 14 April lalu.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa sedang ‘berhajat’ dalam tandas awam wanita, dia menyedari terdapat seorang lelaki mengintainya melalui bawah pintu.

Mangsa kemudian menjerit meminta bantuan dengan tertuduh bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah Perodua Kancil.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang juga penjaga tandas ternampak kelibat tertuduh ketika melarikan diri sebelum memaklumkan kepada polis.

Bertindak atas maklumat diperolehi, pada jam 12 tengah hari, 21 April lalu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan tertuduh bagi membantu siasatan.

Melalui rakaman percakapan saksi mengesahkan kehadiran tertuduh ke tandas awam selain kawad cam kerana lelaki itu turut bersemuka dengan salah seorang saksi pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amieerah Alludin manakala tertuduh diwakili Tee Xi Ran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 5 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 7 hrs 44 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 57 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 8 hrs 14 mins ago