Translate

26 April 2025

PRK Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini



PRK Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini

Bernama

26/04/2025


Anggota polis trafik bertugas pada PRK DUN Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah, hari ini. -- fotoBERNAMA


TAPAH: Kesemua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Merdeka di sini dan keputusan rasmi dijangka diperoleh sekitar 9 malam ini.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.

Mohamad Yusri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong manakala Muhaimin di SK Ayer Kuning dan Bawani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok.

Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 1 hr 23 mins ago