Translate

26 April 2025

Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematian wanita di Kuantan



Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematian wanita di Kuantan

Bernama

25/04/2025


Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan. - BERNAMA


KUANTAN: Polis telah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita berusia 37 tahun, 20 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Justeru, beliau berkata beberapa artikel tular menerusi media sosial yang mengatakan kes kematian wanita itu tidak disiasat adalah tidak tepat.

"Pihak polis menafikan dakwaan itu kerana siasatan lanjut berkaitan kematian mengejut masih dijalankan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan masih meneruskan siasatan dan sehingga kini sebanyak 14 saksi telah direkodkan keterangan," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini kes kematian wanita berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), namun media melaporkan keluarga wanita itu mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh si mati dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 47 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 57 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 1 hr 1 min ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 1 hr 9 mins ago