Translate

26 April 2025

SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas



SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas

Bernama

26/04/2025


Azam berkata pihaknya akan terus memperkukuh tumpuan terhadap kes rasuah berskala besar, berprofil tinggi dan berkepentingan awam. - Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset serta mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia membuktikan penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh pihaknya adalah berkesan dan agensi itu bukan sekadar menyiasat malah memulihkan kembali hak rakyat yang telah dikhianati.

Beliau berkata siasatan dan pemulihan aset yang dijalankan oleh SPRM bukan perkara yang mudah selain memerlukan ketekunan, kebijaksanaan, kerjasama dan kolaborasi negara lain serta penglibatan media untuk memberi liputan seimbang, berinformasi dan memberi keyakinan kepada rakyat.

"Bagi suku pertama tahun ini, SPRM mencatatkan nilai sitaan aset terbesar sebanyak RM177 juta melibatkan wang tunai dan jongkong emas yang terkait dengan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

Azam berkata pihaknya akan terus memperkukuh tumpuan terhadap kes rasuah berskala besar, berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

Beliau berkata siasatan agensi itu sentiasa dijalankan dengan prinsip bebas, telus serta profesional berlandaskan undang-undang dan tanpa sebarang campur tangan politik.

"Siasatan kes-kes berprofil tinggi membuktikan bahawa SPRM bertindak tanpa takut atau pilih kasih, tidak kira individu yang terlibat adalah bekas pemimpin tertinggi negara, wakil rakyat negeri ataupun pengarah syarikat-syarikat besar," katanya.

Azam juga berkata ia bagi memastikan setiap sen hasil daripada amalan rasuah dan penyelewengan dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan t' 4 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump arrives in the Middle East for nuclear weapo' 11 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar n' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump arrives in the Middle East for nuclear weapo' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khaled Nordin tiba di Berlin untuk UN Peacekeeping' 42 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 21 mins ago