Translate

26 April 2025

KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti perubatan dan produk farmaseutikal



KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti perubatan dan produk farmaseutikal

Bernama

26/04/2025


Dr Dzulkefly (foto) berkata meskipun sebelum ini Trump menyatakan akan memberi pengecualian tarif terhadap farmaseutikal, perkembangan terkini menunjukkan sebaliknya. -Gambar fail/Bernama


KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau rapi dua perkara utama susulan tarif dikenakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melibatkan peranti perubatan serta produk farmaseutikal.

KKM memantau tarif Trump terhadap peranti perubatan dan produk farmaseutikal, serta mencari pasaran dan sumber alternatif untuk memastikan bekalan kesihatan tidak terjejas.

Trump mengumumkan tarif timbal balik termasuk 24% ke atas import dari Malaysia, namun ditangguhkan selama 90 hari.

KKM bertekad melaksanakan pengawalseliaan produk vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, dengan kawalan ketat terhadap penjualan kepada individu belum dewasa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata meskipun sebelum ini Trump menyatakan akan memberi pengecualian tarif terhadap farmaseutikal, perkembangan terkini menunjukkan sebaliknya.

"Beberapa tarif yang diumumkan itu belum diperincikan sepenuhnya dan Trump memang tidak dapat dijangka.

"Justeru, kami sentiasa berjaga-jaga, meneliti setiap perkembangan dan sangat mustahak untuk saya sebagai Menteri Kesihatan memberi perhatian terhadap dua perkara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program MADANI Afiat Peringkat Kelantan 2025 di Tunjong di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama, KKM sedang membuat persiapan awal mencari pasaran serta sumber alternatif bagi memastikan kelangsungan bekalan kesihatan negara tidak terjejas.

Pada 2 April lepas, Trump mengumumkan satu siri tarif timbal balik yang dikenakan terhadap banyak negara, termasuk 24 peratus ke atas import barangan dari Malaysia, namun ia kini ditangguhkan bagi tempoh 90 hari.

Mengenai larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) oleh Kerajaan Terengganu bermula 1 Ogos ini, Dzulkefly berkata kementeriannya bertekad untuk melaksanakan pengawalseliaan secara menyeluruh terhadap produk vape melalui pewartaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Beliau berkata akta berkenaan yang bersifat berdiri secara sendiri akan menjadi asas kukuh dalam mengawal semua aspek berkaitan produk merokok termasuk pendaftaran, jumlah penjualan, pengiklanan serta kandungan nikotin.

"Pendekatan kita adalah untuk mengawal selia secara rapi. Penjualan kepada individu yang belum dewasa tidak dibenarkan sama sekali dan kawalan ketat dikenakan bagi memastikan tiada kelonggaran berlaku," katanya.

Kerajaan negeri, katanya memainkan peranan penting melalui kuasa mereka untuk tidak meluluskan lesen premis kepada pengusaha yang menjual produk merokok.

Dzulkefly berkata bentuk kerjasama yang diharapkan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri itu adalah langkah yang positif demi melindungi kesihatan rakyat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 44 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 48 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 58 mins ago