Translate

26 April 2025

Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuktamad Jun - Dzulkefly



Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuktamad Jun - Dzulkefly

Bernama

26/04/2025


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media selepas perasmian Program MADANI Afiat negeri Kelantan di Mydin Mall, Tunjong hari ini. - Foto Bernama


KOTA BHARU: Isu berkaitan kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya pada Jun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Isu kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya Jun 2025, dengan jawatankuasa di peringkat akhir perbincangan.

Menteri Kesihatan menekankan bahawa kebajikan petugas kesihatan sentiasa menjadi keutamaan, memandangkan beban tugas mereka yang berat.

ETAP adalah imbuhan tambahan untuk pegawai perubatan yang menjalankan tanggungjawab merawat pesakit semasa 'on-call' di luar waktu bekerja biasa.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Abu Bakar Sulaiman kini di peringkat akhir rundingan sebelum memuktamadkan keputusan.

"Jawatankuasa ini sedang giat berbincang dan kini di fasa terakhir. Kita harap satu ketetapan dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

"Saya amat memahami beban tugas petugas kesihatan yang bekerja tanpa mengira masa, dan berharap segala proses dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada Jun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program MADANI Afiat Peringkat Kelantan 2025 di Tunjong di sini hari ini.

Dzulkefly berkata aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa diperjuangkan dan menjadi keutamaan beliau sepanjang mengemudi Kementerian Kesihatan (KKM).

"Penantian satu penyiksaan. Saya sendiri berharap perkara ini dapat dimuktamadkan pada Mei kerana saya tahu mereka sangat bekerja keras. Kita sudah sampai ke penghujung perbincangan. Insya-Allah, kali ini kita akan selesaikannya secara tuntas," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KKM telah mendapat persetujuan untuk menaikkan ETAP bagi petugas kesihatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat nanti.

ETAP merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas 'on-call' di hospital selepas waktu bekerja biasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 51 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tareq Amin & Jensen Huang on Humain–NVIDIA Partner' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 2 hrs 19 mins ago