Translate

26 April 2025

Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan



Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan

Bernama

26/04/2025


MOHD AFZANIZAM: Minggu ini banyak data penting dikeluarkan, dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board di AS yang akan dikeluarkan bagi April dijangka memaparkan penurunan kepada 88.5 mata, susut daripada 92.9 pada Mac seperti yang diunjurkan oleh penganalisis.

Ini disusuli dengan Indeks Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang diunjur menyusut kepada 47.9 mata pada April.

Selain itu, laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS akan turut dipantau rapi, katanya.

"Minggu ini banyak data penting dikeluarkan, dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat.

"Kami kekal positif mengenai ringgit memandangkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin mendapat momentum," katanya kepada Bernama.

Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 pada minggu sebelumnya.

Ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 5.0133/0218 minggu lepas, naik berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0971/1028 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8128/8214 daripada 5.8516/8616.

Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.2 daripada 261.2/261.8, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3280 daripada 3.3603/3667, dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0195/0450 daripada 13.1599/1902.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.78 daripada 7.77/7.79 pada Jumaat sebelum ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 49 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 53 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 54 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 3 hrs 26 mins ago