Translate

25 April 2025

Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar vaksin influenza percuma



Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar vaksin influenza percuma

Bernama

24/04/2025


KKM menawarkan 57,093 slot janji temu bagi warga emas dengan komorbid mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi Program Imunisasi Influenza Warga Emas, di 649 Klinik Kesihatan (KK) terpilih hingga akhir Ogos ini. - Gambar fail/AP


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan 57,093 slot janji temu bagi warga emas dengan komorbid mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi Program Imunisasi Influenza Warga Emas, di 649 Klinik Kesihatan (KK) terpilih hingga akhir Ogos ini.

KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hingga 20 April lepas, sejumlah 59.47 peratus warga emas dengan komorbid telah menerima suntikan vaksin influenza, berdasarkan jumlah dos vaksin yang dibekalkan ke fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara.

"Warga emas yang layak disarankan segera membuat janji temu sebelum slot ditutup. Vaksin diberikan secara percuma dan merangkumi kos vaksin, peralatan, serta khidmat kesihatan berkaitan.

"Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan, melayari portal rasmi atau media sosial KKM atau hadir sendiri ke KK untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan.

KKM memaklumkan warga emas yang tidak mempunyai akses kepada MySejahtera boleh hadir secara datang terus ke KK yang disenaraikan untuk pendaftaran dan suntikan, tertakluk kepada slot yang tersedia.

Selain itu, KKM turut menggalakkan warga emas yang hadir untuk rawatan susulan penyakit kronik di KK berkenaan agar mengambil inisiatif bagi mendapatkan maklumat dan bertanya berkenaan kelayakan menerima vaksin influenza secara percuma, sekiranya belum ditawarkan.

"KKM menyeru semua warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit pernafasan kronik atau tekanan darah tinggi untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya menjelang musim jangkitan.

"Langkah ini penting bagi mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan influenza dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi," katanya.

Program Imunisasi Influenza Warga Emas yang menawarkan vaksin influenza secara percuma kepada warga emas mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik itu, mula dilaksanakan pada 18 Feb lepas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi KKM atau hadir terus ke KK yang terlibat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 14 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 7 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 8 hrs 21 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 34 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 44 mins ago