Translate

25 April 2025

Terengganu larang penjualan vape bermula Ogos ini



Terengganu larang penjualan vape bermula Ogos ini

Bernama

24/04/2025


Penguatkuasaan itu merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat. - Bernama


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis seluruh negeri mulai 1 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco Negeri semalam.

Beliau berkata penguatkuasaan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat terutama generasi muda.

"Antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu.

"Syarat lesen perniagaan pula akan diperkemas bagi memastikan larangan penjualan vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan malam ini.-- LAGI

Wan Sukairi berkata mana-mana pengusaha vape yang masih menjalankan aktiviti perniagaan selepas tempoh larangan dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kecil yang digubal di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu hukuman kompaun, sita dan pendakwaan di mahkamah.

Bagi menunjukkan komitmen dan ketegasan, kerajaan negeri juga memutuskan untuk tidak menerima sebarang bentuk tajaan daripada mana-mana syarikat pengeluar atau pengedar vape bagi apa jua penganjuran acara melibatkan kerajaan negeri.

"Tempoh lanjutan selama tiga bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025 akan diberikan sebelum aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Ogos termasuk melibatkan papan iklan berkaitan perniagaan vape.

"Bagi menjaga kebajikan pengusaha vape yang terjejas, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan menawarkan penyertaan dalam kursus keusahawanan serta peluang perniagaan dalam sektor yang lebih mampan dan selamat," katanya.-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 40 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tareq Amin & Jensen Huang on Humain–NVIDIA Partner' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 2 hrs 8 mins ago