Translate

25 April 2025

Kertas siasatan inkuiri dibuka terhadap polis peras mangsa

Kertas siasatan inkuiri dibuka terhadap polis peras mangsa

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Polis membuka kertas siasatan inkuiri polis berhubung laporan dibuat seorang lelaki mendakwa diperas pegawai agensi itu seperti yang tular di satu platform Telegram.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan didakwa dilakukan pegawai terbabit ketika bertugas di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Negeri Sembilan.

“Kertas inkuiri polis dibuka bagi siasatan awal dan setakat ini, tiga keterangan sudah diambil untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial laporan polis dibuat seorang lelaki pada 22 April lalu, berhubung dakwaan pemerasan yang dikatakan bermula pada 2019.

Laporan itu dibuat bagi mendapatkan semula wang daripada pegawai polis terbabit selepas mengetahui dia tidak lagi bertugas di Negeri Sembilan.

Dalam laporan yang tular, pengadu memaklumkan menyerahkan RM50,000 kepada seorang lelaki dipercayai ‘orang tengah’ kepada seorang pegawai polis.

Wang itu dikatakan sebagai jaminan supaya pengadu tidak dikenakan langkah-langkah tertentu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Akta Pencegahan Jenayah kerana pengadu pernah ditahan bawah Sosma pada 2018 atas kesalahan gangsterisme.

Pada 2022, ‘orang tengah’ itu dikatakan ke rumah pengadu dan meminta bayaran RM50,000 namun dia hanya mampu membayar RM30,000.

Hasil siasatan awal mendapati pegawai itu mengakui kenal dengan pengadu namun hanya atas urusan tugas iaitu dalam mendapatkan maklumat risikan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 9 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 9 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs 51 mins ago