Translate

25 April 2025

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai RM60,000



Maritim Malaysia lupus dadah bernilai RM60,000

Bernama

25/04/2025


Langkah-langkah berkenaan dilakukan dengan teliti bagi memastikan tiada sisa yang boleh memberi impak negatif kepada alam sekitar. - Foto APMM


ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan melupuskan kira-kira 10 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM67,400 di sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan Komander Maritim Norrimi Hassan berkata kesemua dadah yang merupakan hasil rampasan menerusi beberapa operasi penguatkuasaan sepanjang tahun lepas itu dilupuskan mengikut prosedur ketat dan terkawal di Medivest Sdn Bhd di Bukit Rambai.

"Menerusi proses dijalankan, dadah berkenaan dilupuskan hingga menjadi abu dan sisanya disalurkan kepada syarikat berdaftar yang diiktiraf untuk tujuan penanaman abu secara sah dan terkawal, selaras dengan garis panduan pihak berkuasa.

"Langkah-langkah berkenaan dilakukan dengan teliti bagi memastikan tiada sisa yang boleh memberi impak negatif kepada alam sekitar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Norrimi berkata tindakan melupuskan dadah tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memerangi jenayah rentas sempadan, terutamanya penyeludupan dadah melalui perairan negara.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 6 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tareq Amin & Jensen Huang on Humain–NVIDIA Partner' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 1 hr 35 mins ago